Monday, August 10, 2009

Kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak...


Dalam masa 10 atau 11 hari lagi jika diizinkan maka berpuasalah semua umat islam di muka bumi ini.. so mase aku dok belek² kat internet terjumpalah sumber dari wikipedia berkenaan bulan yang mulia ini .... renung - renungkan dan selamat beramal... (pinjam dialog sat ea... )

Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:

Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...

surah Al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin.

Peristiwa Semasa Ramadan..

  • Turunnya Al - Quran
  • Lailatul Qadar
  • Pembukaan Kota Mekah
  • Perang Badar

Amalan Sewaktu Ramadan..

  • Puasa Ramadan
  • Solat Tarawih
  • Zakat Fitrah
  • Dan banyak lagi amalan yang boleh dilakukan semasa bulan yang mulia ini..
Apepun semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan dapat jua menambah amalan kita. Semoga diampunkan segala dosa² yang pernah dilakukan samaada kita sedar mahupun tidak..

p.s : Kiranya ada kesilapan berdasarkan artikel diatas, maaf dipohon. Pada rakan² yang mengenali diri, ku susun sepuluh jari memohon maaf, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik lagi.. puasa jangan x puasa :)



Tag << aku dah jawab...

1) Nama timangan anda?
ZaM @ Zamie

2) Anda seorang yang?
ntah x tau nak ckap, datang rajin aku rajin la, datang malas aku malas la,
ade sikit panas... hehehe darah muda la katekan..

3) Insan yang teristimewa?
Ibu bapa, adik beradik... dan kawan² yg senangkatan dan sekepala..

4) Lagu Kesukaan?
Lagu classic..hehehe.. grunge, rock, sume ar yang best² kecuali dangdut..

5) Makanan Kesukaan Anda?
Sambal udang, sambal ikan bilis, asam pedas, sambal tempoyak.. ( pergh
leh tambah berkali²...

6) Yang membuatkan aku stress?
Salah orang lain aku plak yg kene, mane bleh...

7) Warna kegemaran anda?
Merah ( The Reds ) hitam, putih, biru..

8) Benda yang mesti ada dalam Beg.
External harddisk, cable hp ngan bekas cermin mata..

9) Kali terakhir anda Menangis?
Ntah x ingat plak.. ade la kut.. time ngah sakit atau yg sewaktu
dengannye..

10) Sebarkan pada 6 orang rakan anda.
Nanti ea bile aku rajin... mane nak datang 6 orang tue...

syabas kepada en. amardini kerana berjaya membuatkan aku jawab soklan nie.. selalu bace orgnye je... hehehe

Tuesday, August 4, 2009

Ya Allah, Hukumlah Si Pembunuh Ini...



Gambar dari akhbar KOSMO

Astagfirullahalazim... hanya itu yang mampu aku ucapkan melihatkan kekejaman manusia zaman sekarang nie sampai sanggup membunuh bayi kecil yang x berdosa ini.. Sila baca artikel ini..

Apa yang ada dalam fikiran mereka nie...sudahlah membuat dosa, kemudian dibuang pula bayi tersebut yang kemudiannya meninggal dunia dan mayatnya dibaham biawak.. kalau bayi tersebut sudah meninggal dunia.. kebumikan lah dengan cara yg elok, bukannya dengan cara begini!!!

Inilah angkara melayan hawa nafsu.. sudahnya si jantan x nak bertanggungjawab, si betina pula terdesak dan akhirnya mangsanya bayi kecil ini.. aku betul berharap agar si pembunuh ini mendapat balasan dunia dan akhirat...

Pada si pemuda pemudi tue, kalau dah x boleh menahan gejolak nafsu masing².. laksanakan yang wajib.. nikah dan terhindarlah kamu dari melakukan dosa² besar ini.. sekaligus mengelakkan berlakunya pembunuhan seperti ini..

Kepada si pembunuh.. aku harap engkau diselubungi rasa menyesal seumur hidup dan bertaubatlah selagi engkau berpeluang...

Monday, July 27, 2009

Sungguh menyedihkan...


gambar daripada akhbar KOSMO..

Memang menyedihkan.. bile aku bace artikel nie.. Sanggup dibiarkan anak² kecil tue belajar di tgh panas hanya dengan alasan ingin meramaikan kembali jemaah di situ.. disuruhnya keluar dari surau tersebut, walhal berdekatan dengan tempat tue memang dah ade masjid.

kalau dikatakan anak kecil nie belajar di surau tersebut tanpa kebenaran, pihak yang berikut sudah mendapatkan kebenaran ( JAIS ) sementara menunggu kelas mereka siap. Sekadar mengingatkan mereka menggunakan kelas tersebut untuk belajar KAFA ( Kelas Al - Quran & Fardu Ain) bukannya nak berehat atau nak berhibur ke ape.. nie untuk agama kita .. agama islam.. aku x tau la nak cakap ape..

kalau dikatakan alasan mengotorkan surau.. lagi la x logik.. aku dulu selalu gak kene belajar kelas agama kat surau.. mestila tenaga pengajar akan pastikan anak² kecil x kotorkan surau.. lagi satu.. setahu aku la kan... klas nie buat waktu pagi atau petang... aktiviti meramaikan jemaah nie kan boleh dibuat pada waktu malam... kalau setakat x nak bagi depa belajar pakai meja biarlah mereka bersila je di surau tersebut.. atleast xdde la belajar tgh jalan ngan panas terik...

Aduhai.. yang aku pelik semua kejadian seumpama ini berlaku kat Negeri pimpinan pr.. wakil rakyat tolonglah anak² kecil nie ea.. dengarlah keluhan ibubapa mereka nie semua...

Wednesday, July 22, 2009

Toyota S.E 1.6 ( 89 ) kerja² pun bermula.... finally..


assalammualaikum... akhirnya siap juga kereta aku.. beginilah bentuknya.. hasil kerja tangan sepenuhnya bengkel milik bumiputera.. diucapkan terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menyiapkan kereta aku.. ..hehehe.. So sekarang tinggal aku nak biasakan bawak kete nie je.. enjoy da ride... levin 4 life.. klik sini untuk bace post sebelum nie...
p.s : sebarang komen ttg bagaimana
nak make up or jaga enjin
amatlah dialu²kan....



















Toyota S.E 1.6 ( 89 ) kerja² pun bermula.... part 2

assalammualaikum... sekarang nie pulak aku nak bercerita pasal proses mengecat kereta aku nie.. kereta aku dicat di sebuah bengkel milik kaum bumiputera.. lokasi di selayang.. berikut adalah gambar² nye ea.. click sini klu nak bace post sebelum nie...

a) bahagian hadapan kereta yang telah dicat...
b) bahagian tepi kereta.. sport rim siap sedia untuk dicat...
c) bahagian bonet belakang.. kelihatan simen kereta sebelum dicat semula bagi memastikan cat
tidak terkopek...
d) masih gambar yang sama...
e) bumbung kereta...
f) bahagian tepi lampu hadapan..










Toyota S.E 1.6 ( 89 ) kerja² pun bermula... Part 1..

assalammualaikum... akhirnya berjaya juga kereta aku nie disiapkan, walaupun x siap sepenuhnya (dari segi hiasan dalaman) tapi dapatlah dilihat dari segi perubahan wajah baru nye.. banyak dugaan dan cabaran dalam menyiapkan kereta sulungku ini.. ( hehehe.... harap² lepas nie aku bolehle menjadi pemandu yg mematuhi undang²...) kat sini aku ada letakkan beberapa picture kete aku sebelum dan proses² pengubahsuaian nyer.. bagi yg belum pernah bace post sebelum nie boleh klik kat sini..

a) gambar toyota s.e 1.6 ( 89 ) auto transmission.. pearl white..
b) kerja² pengubahsuaian enjin dari auto transmission ke manual transmission..
c) gambar enjin lame aku sebelum di keluarkan... toyota 16 valve
d) sportlight levin yang akan dipasang tidak lame lagi
e) enjin ini yang akan disemadikan ke dalam perut kereta ku.. hehehe
f) sudah disimen untuk proses seterusnya..
g) bahagian tgh kereta..
h) bahagian hadapan...
i ) akhirnya berjaya dipasang... toyota 1600 twincam 16 valve yeahaa...

p.s: lepas nie aku lex gambar yg terlatest ea... tunggu...