Dalam masa 10 atau 11 hari lagi jika diizinkan maka berpuasalah semua umat islam di muka bumi ini.. so mase aku dok belek² kat internet terjumpalah sumber dari wikipedia berkenaan bulan yang mulia ini .... renung - renungkan dan selamat beramal... (pinjam dialog sat ea... )
Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
“ | Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... | ” |
— surah Al-Baqarah, ayat 185 |
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin.
Peristiwa Semasa Ramadan..
- Turunnya Al - Quran
- Lailatul Qadar
- Pembukaan Kota Mekah
- Perang Badar
Amalan Sewaktu Ramadan..
- Puasa Ramadan
- Solat Tarawih
- Zakat Fitrah
- Dan banyak lagi amalan yang boleh dilakukan semasa bulan yang mulia ini..
p.s : Kiranya ada kesilapan berdasarkan artikel diatas, maaf dipohon. Pada rakan² yang mengenali diri, ku susun sepuluh jari memohon maaf, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik lagi.. puasa jangan x puasa :)
1 comment:
zam...compny AIST suh tukar nama Syarikat kat LED,ofis baru mereka..
Post a Comment